Isnin, 1 Oktober 2012

ZINKAN SAYA TANGKAP AYAH PIN


Ariffin Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.[1]

Ayah Pin di hadapan beberapa barangan replika besar

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Asal usul

Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

[sunting]Kejayaan dan pengaruh

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.[2]

[sunting]Pembentukan Kerajaan Langit

Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia.

[sunting]Kejatuhan

Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi[3].

[sunting]Menghilangkan diri

Ayah Pin telah menghilang ketika pihak berkuasa membuat serbuan, dia bersama-sama empat isterinya telah melarikan diri daripada perkampungan tersebut. Paling menghairankan sehingga ke hari ini, jejak Ayah Pin belum ditemui tetapi dikatakan melarikan diri ke selatan Thailand. Ada yang mengatakan Ayah Pin ghaib bersama isteri-isterinya. Ada pula yang berpendapat, ada pihak termasuk pengikut-pengikut ekstremnya cuba menyembunyikan Ayah Pin dari pengetahuan pihak berkuasa.

Ayah Pin bersama 4 orang isterinya

[sunting]Pertikaian Polis dengan JHEAT

Pada 12 November 2008Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kesal kerana JHEAT menyatakan Ayah Pin tidak perlu ditangkap. Musa Hassan menjelaskan pertikaian itu dalam seminar memperkasakan pentadbiran keadilan di mahkamah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak . Padahal Ayah Pin didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005. Ayah Pin mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh merosakkan akidah. Polis bimbang tanggapan ramai bahawa polis tidak memberi kerjasama dan penyelarasan dengan jabatan agama Islam.[4][5]
Tetapi pada 13 November 2008, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis Terengganu supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke Terengganu, dari Selatan Thailand. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JHEAT, Mohamad Nor Mohamad menegaskan tiada perbincangan diadakan dengan polis berhubung Ayah Pin.[6] Setakat ini status siasatan JHEAT terhadap Ayah Pin kini masih di peringkat mencari bukti. Walaupun ada cakera padat Ayah Pin tetapi tidak dapat dibuktikan bila ia berlaku dan apakah ciri-ciri ajaran-ajaran tersebut.







Ayah Pin muncul lagi. UMNO-BN takut.

11JAN
Posted by http://ustsaifulbahri.blogspot.com
Pemimpin kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Ariffin Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, kini muncul di laman Facebook. Dengan menggunakan nama ‘Arifin Muhamad’ profil itu menyebut alamat penulis di Sungai Padi, Thailand. Pandangan politiknya dinyatakan sebagai ‘Kerajaan Langit’ dan pandangan agamanya ‘sangat liberal’. Dia menyifatkan Islam sebagai ‘mempunyai nilai moral rendah’ dan menggesa orang ramai supaya keluar dari agama Islam. Bersama lampiran perakuan sumpah murtadnya ia menyesatkan orang lain dengan ajaran karutnya.
Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Ayah Pin difatwakan sebagai sesat dan diwartakan pada 4 Disember 1997. Antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Katanya, di dalam ajaran itu juga;
• Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan Allah. Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
• Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa al-Quran yang ada sekarang adalah tidak benar. Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi (Khinzir) belaka (kotor).
• Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk di atas arasy. Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh mengatasinya dengan berzikir.
• Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.
• Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
• Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu ‘menyerahkannya’ kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu. Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan ‘tuhan’ untuk mendapat lebih berkat. Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan ‘Tuhan’ (ayah Pin)
• Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda. Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
• Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
• Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.
• Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.
Ayah Pin juga mendakwa:-
• Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril”. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
• Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin. Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
• Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan. Di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
• Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat. Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang. Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
• Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
Bukan beliau sahaja mendakwa bukan Islam tetapi juga antara pengikutnya. Termasuklah Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 63, yang pernah ke mahkamah untuk memohon pengistiharan atas hak kebebasan beragama seperti dalam Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi hak seseorang beragama Islam yang mencapai umur majoriti untuk keluar daripada agamanya.
Ekoran itu ayah pin didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005. Tertuduh dikatakan mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh merosakkan akidah.
Apabila timbul isu kemunculan semula Ayah Pin dan orang ramai mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil? Apabila ditujuk kepada pihak polis mereka mendakwa bahawa pihak JHEAT (Jabatan agama Islam) negeri itu kata tidak perlu. Kemudiannya ia dinafikan pula oleh pihak JHEAT.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh yang mendakwa keutamaan kerajaan negeri ialah menghapuskan ajaran itu dan bukan mengheret Ayah Pin ke mahkamah. Beliau menyifatkan tindakan menahan dan membicarakan Ayah Pin tidak penting tetapi yang paling penting ialah tindakan ‘menghalau’ Ayah Pin (ke Selatan Thailand) sudah berjaya. Beliau juga melahirkan rasa keraguan dan tidakpercaya kepada keupayaan mahkamah syariah dan menyatakan Ayah Pin mungkin boleh terlepas. Katanya, untuk menahan seseorang yang dikaitkan dengan kesalahan membabitkan ajaran sesat sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.
Persoalannya kenapakah terlalu lemah pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN dan JHEAT sehingga tidak dapat membawa bukti dan saksi bahawa Ayah Pin telah memesongkan aqidah Islam. Sedangkan semua senarai kesesatan yang dilakukan secara jelas dan nyata bahkan kerajaan langit Ayah pin dibinasakan di Besut. Kenyataan Ayah Pin sendiri divideokan dan dikeluarkan VCD. Lapuran pegawai penyiasat pun dah berapa kali lapuran. Kajian akademik tentang ajaran Ayah Pin pun dah berapa kajian yang dihasilkan. Fatwa pun dah diwartakan. Tinggal apa lagi.
Sebenarnya yang tersirat adalah pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN takut bertindak terhadap Ayah Pin. Kalau semasa Derih Jusoh mungkin segan kerana hubungan baik Ayah Pin dengan keluarga Derih. Tetapi dizaman Mat Said ni, kenapa tak berani nak ambil tindakan. Bukankah Mat Said ni gedebe. Kalau orang lain diajak bergocoh takkan demi agama Islam dan menentang ajaran sesat Mat Said takut. Takkan takut kot nak ambil tindakan terhadap Ayah Pin.
Hakikatnya, UMNO-BN bersama JHEAT takut untuk dihadapkan Ayah Pin ke mahkamah kerana semasa kerajaan Pas memerintah telah meluluskan rang enakmen tambahan termasuk Hudud, Qisas & Ta’zir. (2001). Bayangkan kalau dibicarakan menurut hukum Hudud, mereka akan dihukum bunuh. Sanggupkah UMNO-BN menghadapi kontraversi untuk melaksanakan hukuman tersebut. Kalaulah hukuman sebat hanya sekadar 5 rotan terhadap pesalah minum arak Kartika Saridewi pun UMNO-BN Pahang kecut perut sehingga terpaksa berselindung disebalik kuasa Sultan, apatah lagi jika kes hukuman bunuh. Mereka takut dituduh teroris oleh Obama dan kuncu-kuncunya. Apatah lagi kalau diketahui oleh APCO. Mengamuk sakan Yahudi tu.
Tindakan yang paling selamat menurut YB Ramli Nuh adalah menghalau ke Selatan Thailand. Sekarang ini kerajaan langit menggunakan facebook untuk menyesatkan orang-ramai. Apakah tindakan UMNO-BN itu berkesan. Apakah tindakan seterusnya. Adakah nak dibiarkan beliau terus menyesatkan orang ramai?
Kes Ayah Pin ini lebih kurang sama dengan kes di Jakarta beberapa hari lepas. Seorang datuk 15 cucu mendakwa melawat syurga dua kali. Beliau mengaku pernah mi’raj ke langit ketujuh dan melihat Surga serta menerima wahyu dari Tuhan sekembalinya ke Bumi mendapat kejutan Jumaat lalu apabila dipenjarakan setahun kerana mempersendakan agama. Bakri Abdullah, 70, juga dikenali Amaq Bakri, Papuq Junaedi dan Abdullah. Beliau ditahan Oktober tahun lalu selepas dia menyebabkan penduduk kampungnya di timur Lombok berang kerana mendakwa seorang nabi. Dia mendakwa dua kali dibawa ke syurga, pertama pada 1970-an dan sekali lagi pada 2005, dari sebuah hutan di cerun Gunung Rinjani Lombok. Pada kali kedua diangkat ke langit, dia juga melawat alam lain iaitu alam roh.Walaupun di penjarakan setahun tetapi paling kurang ada tindakan yang dilakukan. Dimana sebenarnya sikap UMNO-BN ini terhadap ajaran sesat. Hari-hari kita lihat kepercayaan tahyul dan khurafat semakin berkembang. Lapuran Jakim menyebut ajaran sesat bukannya menurun tetapi semakin meningkat. Tv, Radio, Cerita-cerita dan drama di tayangkan dengan kisah-kisah tahyul. Cerita hantu dan kisah karut-marut rekaan manusia. Ini memberi ruang dunia hitam dan kejahatan berkembang kembali.
Dimana peranan UMNO-BN untuk membendung budaya sesat ini. Banyak lagi ajaran sesat di Terengganu sendiri. Bukannya makin kurang bahkan makin menyusut. Sudah tidak selamat lagi aqidah anak bangsa Terengganu. Kenapa dibiarkan sahaja. Kalau xtvt Pas, siap ada SB mengikuti dengan mencatat dan merakam. Tetapi ajaran sesat dibiarkan sahaja. Kenapa?Adakah UMNO-BN menjaga kepentingan politik? Sebab kebanyakan mereka ini memberi sokongan kepada UMNO-BN. Apakah UMNO-BN sendiri bersekongkol dengan ajaran-ajaran seperti ini. Atau adakah UMNO sendiri itu terseleweng dari Islam? Kalau begitu macamana nak diharapkan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.















IZINKAN SAYA TANGKAP AYAH PIN - DR. MUHAMMAD IDRUS.

Sunday, September 25, 2005

"Izinkan saya menangkap manusia bernama ayah Pin nie tanpa sebarang upah kerana kes ini menyentuh kesucian agama Islam". Itulah yang sering dikatakan oleh seorang Paranormal Indonesia. Dr. Muhammad Idrus, 48 sepanjang perbualan berkenaan Isu ayah Pin. Dr Muhammad Idrus yang sememangnya terkenal di Indonesia gara-gara kes bomoh Ahmad Suraji (Dukun AS) iaitu telah berjaya membongkar mayat korban bomoh tersebut. Selain itu beliau juga telah berjaya dengan beberapa kes lain yang berkaitan. Dr Idrus ingin bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan kes ayah Pin yang sememangnya telah mencemarkan kesucian agama Islam.
*


Menurutnya, beliau berani berkata demikian kerana baru-baru ini beliau telah menerima sebatang paku yang katanya datang dari alam Ghaib, Paku tersebut diperolehinya pada tanggal 17 Ogos yang lalu pada jam 10 pagi. Semasa itu saya menghadiri satu majlis. Sebelum saya masuk ke dalam Wisma Duta Indonesia dimana majlis itu berlangsung saya berdoa kepada dan memohon kepada Allah SWT. Kalau benarlah ajaran ayah Pin tidak usahlah kau turunkan apa-apa tapi jika tidak benar, kau temukanlah aku dengannya. Selang beberapa minit kemudian sewaktu beliau sedang menjamu selera tiba-tiba beliau dikejutkan dengan kehadiran paku yang tertulis kalimah Allah betul-betul jatuh ke cawannya.
*
Paku ini saya gelarkan Paku Arasy, ini bukan barang mainan atau pusaka kerana ianya jatuh pada siang hari selepas selesai berdoa. Paku ini juga boleh membuat ayah Pin terbunuh. Saya hanya nak minta agar kerajaan Malaysia membenarkan saya memburu ayah Pin. Jika tidak saya akan pulang ke Indonesia dengan hati yang sedih dan kecewa. "Ayah Pin tidak punyai apa-apa dan dia hanya ada pedamping iaitu Jin yang membantunya. Apa yang saya tahu dia kini berasa di Sri Lanka. Jika ditangkap cara biasa nampaknya mustahil dan harus dibuat secara batin Insyallah akan berhasil. Saya boleh secara sendiri namun jika ada paranormal dari Malaysia yang ingin membantunya secara ikhlas dipersilakan kerana ini berkaitan akidah Islam dipijak orang. Saya tidak mahu Rasulullah di duakan . Nasib dia tidak sebut dia utusan Allah. Kalau dia cakap macam tuh detik ini saya akan menghentamnya" ujar Dr dari tanah seberang ini. Ujarnya lagi.. "Jika paku ini diragui, paranormal-paranormal di Malaysia boleh mencuba kekuatan paku tersebut tanpa mengira berapa ramai yang mahu".
*


Pada saya jika emas jatuh ke lubang najis pun ia tetap dipanggil emas. Saya bukan bomoh komersial, Saya tampil adalah bukan kerana untuk popular tapi untuk kerja besar berkaitan umat Islam dan sekali lagi ingin saya katakan. Izinkan saya menangkap ayah Pin.
Pedoman; Katakanlah : Demi sesungguhnya jika bersatu alam manusia dan Jin untuk berbuat seumpama Al-Quran ini, mereka tidak dapat membuat yang seumpamanya, sekalipun sebahagian mereka membantu yang lain. (Surah Al-Isra : 88)
Dipetik dari : Mingguan Misteri...




AL-FATIHAH

MOGA ROH AS-SYAHID IBRAHIM MAHMOOD
DICUCURI RAHMAT

 

Mengimbau kembali peristiwa memali. sebut memali mesti ingat..ust.Ibrahim libya..atau ust. Ibrahim Mahmood. kisahnya menarik untuk di ikuti sebagai pengajaran kepada kite tentang kerakusan manusia yg sentiasa mengejar dunia sehingga membelakangkan agama dan bangsa..
Dikatakn ustz Ibrahim mengajar ilmu sesat (tuduhan biasa kpd sesiapa yg tggi ilmu agama yg tak sehaluan ngn kerajaan) mengajar yg bukan2. pdahal kalu di ikutkan,sbaik sahaja bliau mnamatkn pgajian di Libya dalam degree..bliau bekerja dgn kerajaan..AKAN TETAPI,bliau tak lama di tmpt itu..kerana kesukaran bliau ingin mnegakkn HAQ..kerana yg BATIL teramat byk..
dikatakn juga..dalang peristiwa ini. MUSA HITAM ktika itu adalah TPM malaysia. die mgarahkn operasi itu di jalankn. dikenali dgn OPS HAPUS. dikatakn musa ini FREEMASON. Waallahua’lam. seramai 18 syahid,dan bpuluh cedera parah..hasil rmpasn ‘perang’ yg di siarkn dalam RTM hanya la konspirasi semata2..moga ALLAH mblas ‘jasa’ di kau wahai stesen kaki ampu..
18 syahid ditmpat kn si satu kubur besar kcuali sorg yg diminta ibu mereka utk dikebumi di alor setar. dikatakn bahawa sksi2 yg myaksikn mayat2 syahidun itu, walaupun dah 3 hari dalam blik mayat, mayat tak berbau malah peluh dan darah masih lagi ‘hidup’..maha suci ALLAH..DIA berkuasa atas sgalanya. muke Ust. Ibrahim masih segar, mlah tersenyum mnunjukkn die di kalangan org briman..dan as-syahid. nk di tambah di sini. Sultan Kedah datng mcemar duli di memali dan mginstyharkn Ust Ibrahim dan pgikutnya syahid. Musa hitam slepas prstiwa itu terbg ke penang ngn Nuri,mgadu kpda mufti di sana die takleh tido gelisah rimas. mufti itu mnasihatkn die mmbuat 2 kifarat, akn tp hnya satu sahaja di buat..btaubat di mekah ktika dia mnunai umrah. moga di ampun dosa bliau. ada pihak mgaitkn pristiwa kjatuhan bliau slepas tpat 100 hari pristiwa bersejarah itu (sblum itu ust. Ibrahim telah muncul dlm mmpi mgatakn tgu 100 hari). dan jatuhnya highland tower (anknye mnggal) dikatakn pmbalasan kpada dosa2 bliau mbunuh nyawa tak bersalah. satu lg pristiwa pasca peristiwa memali (pasca=slepas,sbaik shaja), musa tak pcaya 18 org itu as-syahidun. die nk korek tgk mayat..ntahla ape punye manusia die ni .die hya btalkn niat bila Sultan Kedah btitah..~ckupla..dah lepas..bia la lepas..~..
okla..pnjg sinopsis..korg bc yg bwah kalu nk tahu lg dtail..bgus cite ni nk di buat pgajaran..truskn niat anda..igt..blog ini u sesapa yg mahu mcri kbenaran..bukn mcari kesalahan.
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
00418/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.
007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.
Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi
berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah
kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke
bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang
sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalahsasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu
membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah
ditolak oleh pegawai pemerintah.
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telahditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia
kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi
semacam itu ?
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula
menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan
diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85)pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk
sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim Beliau telah melawan mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan
Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."
018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi
sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitammengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital
di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba
di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan manusia di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati
dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh
persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang




Tiada ulasan:

Catat Ulasan