Isnin, 1 Oktober 2012

ALLAH S.W.T TIDAK DIHIJAB





Salam sejahtera saurdara2 sekelian.

DIRI YANG TERHIJAB, ALLAH S.W.T TIDAK DIHIJAB


AL-HAQ (ALLAH S.W.T) TIDAK TERHIJAB OLEH SESUATU APA PUN, SEBALIKNYA KAMULAH YANG TERHIJAB DARI MELIHAT KEPADA-NYA. JIKA ALLAH S.W.T DIHIJAB OLEH SESUATU TENTU SESUATU ITU DAPAT MENUTUP ALLAH S.W.T. JIKA ADA SESUATU YANG MENUTUP ALLAH S.W.T BERMAKNA WUJUDNYA DAPAT DIKURUNG OLEH SESUATU. SESUATU YANG MENGURUNG ADALAH LEBIH BERKUASA DARI YANG DIKURUNG, SEDANGKAN ALLAH S.W.T BERKUASA ATAS SEMUA HAMBA-NYA.
Dunia dan akhirat dan semua yang ada di antara kedua-duanya adalah makhluk yang memenuhi alam. Apa sahaja yang selain Allah s.w.t adalah makhluk dan mengambil tempat masing-masing di dalam alam. Makhluk ciptaan Allah s.w.t bukan setakat manusia, jin, malaikat, Kursi dan Arasy sahaja bahkan kehendak, cita-cita, angan-angan, khayalan, bahasa, ibarat dan ilmu pengetahuan juga termasuk dalam istilah makhluk yang Allah s.w.t ciptakan. Oleh sebab Allah s.w.t tidak serupa dengan sesuatu maka Dia tidak boleh dibahasakan, diibaratkan, disifatkan, dikhayalkan dan lain-lain. Apa sahaja yang selain Allah s.w.t adalah hijab yang menutup pandangan mata hati dari melihat Allah s.w.t, walaupun Allah s.w.t tidak memakai tutupan. Nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan adalah juga hijab.
Sekiranya ada orang yang mampu berkenderaan menjelajah ke seluruh alam maya untuk mencari Allah s.w.t nescaya Allah s.w.t tidak akan ditemuinya kerana Allah bukan anasir alam. Sekiranya mereka mencari dengan menggunakan bahasa maka Allah s.w.t juga tidak akan ditemui kerana Allah tidak ditakluki oleh hukum bahasa dan ibarat. Ilmu pengetahuan juga tidak sanggup mencapai Yang Esa kerana ilmu masih terikat kepada menyaksikan dan disaksikan iaitu suasana serba dua. Ilmu tidak mampu sampai kepada Yang Esa, yang sama menyaksikan dan disaksikan. Nama-nama juga hijab kerana tidak mampu menzahirkan Yang Empunya nama. Sifat-sifat juga tidak mampu menzahirkan zat. Sifat hanyalah sekadar memperihalkan bagi menggerakkan pemahaman sahaja, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Tinggi dari apa yang disifatkan. Setelah gagal mencari dalam semua itu seseorang akan sampai ke puncak pencariannya iaitu kejahilan tentang zat Ilahiat dan inilah yang dinamakan makrifat. Orang yang sampai di sinilah yang dipanggil orang yang mengenal Allah s.w.t.
Sekiranya ilmu mampu melepaskan kita dari medan ilmu, kita akan sampai kepada medan makrifat. Jika kita bersatu dengan ilmu, kita akan terhijab. Ilmu mesti dijadikan kenderaan menuju kepada makrifat. Diri kita tidak boleh disatukan dengan ilmu. Apabila kita tiba kepada makrifat kita akan tercengang-cengang menghadapi hijab kejahilan. Kita terpaksa mengakui bahawa zat Ilahiat tidak dapat diperkatakan dan tidak dapat disifatkan. Orang yang sampai kepada perhentian ini tidak ada jalan lagi baginya untuk sampai kepada Allah s.w.t melainkan menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan menanggalkan apa sahaja yang dianggapnya boleh menyampaikannya kepada Allah s.w.t. Maka keluarlah dia dari apa sahaja yang selain Allah s.w.t. Dibuangnya segala hijab-hijab yang menutupi mata hatinya. Dia keluar dari ilmunya, amalnya, makrifatnya, sifatnya, namanya, bahasa dan ibarat. Pelepasan yang menyeluruh ini adalah pintu masuk ke Hadrat-Nya dan dia masuk dengan kekuatan Nurullah, iaitu tarikan yang langsung dari Allah s.w.t.
Nur berlapis nur, Allah memimpin sesiapa yang di kehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya itu. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )
Makhluk tidak akan zahir jika tidak ada Nur-Nya. Makrifat tidak mungkin dicapai tanpa suluhan Nur-Nya. Ilmu tidak mungkin diperolehi tanpa penerangan Nur-Nya. Mata hati tidak mungkin boleh melihat tanpa pancaran cahaya Nur-Nya. Allah s.w.t memimpin kepada Nur-Nya siapa yang Dia kehendaki. Orang yang dipimpin kepada Nur-Nya adalah orang yang mampu keluar dari hijab nafsu dan akal. Nafsu ditundukkan kepada yang hak sehingga tidak ada keinginan dan cita-cita melainkan mahu bertemu dengan Allah s.w.t. Akal ditundukkan kepada yang hak sehingga tidak ada yang difikir dan direnungi melainkan Wajah Allah s.w.t jua yang menyata pada semua arah. Walau ke arah mana pun dihalakan pandangan akal dan pandangan hati, Wajah Allah s.w.t jua yang kelihatan.
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. ( Ayat 115 : Surah al-Baqarah )
Replyzilalallah
11:25 PM on May 31, 2012 
FIRMAN ALLAH TAALA DALAM HADIS QUDSI: " AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI,MAKA AKU KASIH AKAN ... Tak ada yang lain selain diriMU ... Adalah Insan itu rahsiaKU,rahsiaKU rahsiaNYA, RahsiaNYA sifatKU, dan sifatKU bukan lain dari diriKU.

Bagaimana pula dgan Ayat2 AL-QURAN yang bermaksud:"BUKANKAH AKU INI TUHAN KAMU?(MAKA BERKATA SEKALIAN ROH):BETUL,ENGKAU TUHAN KAMI."(Al-a,raaf: ayat 172)..jika dilihat pada ayat tersebut mustahil roh tidak melihat ALLAH..jika roh tidak melihat ALLAH bagaimana mereka boleh brsaksi dan membenarkan itu adalah tuhan mereka???maksudnya disini adalah sewaktu kita tajalli di alam roh lagi kita sudah melihat ALLAH..DAN INGATLAH YANG MENGENAL ITU ADALAH DIA DAN YANG DIKENAL ITU PUN ADALAH DIA JUA PADA HAKIKATNYA.. AL- HADID AYAT 3: "DIALAH YANG AWAL,DIALAH YANG AKHIR,DIALAH YANG ZAHIR DAN DIALAH YANG BATIN,DAN DIA MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU.." jika dialah yang zahir..bukankah selama ini kta pun melihat ALLAH??jika kita pun dapat melihat ALLAH,xkanlah nabi kta nabi muhammad tidak melihat ??? AL-BAQARAH AYAT 115: " DAN KEPUNYAAN ALLAH TIMUR DAN BARAT,MAKA KEMANAPUN KAMU MENGHADAP,DISITULAH WAJAH ALLAH..."

AN-NISA AYAT 126 :"DAN BAGI ALLAH APA2 YANG BERADA DI LANGIT DAN BUMI, DAN ALLAH MELIPUTI SETIAP SESUATU.."

SABDA RASULULLAH S.A.W : " KETAHUILAH TIAP2 SESUATU YANG LAIN DARIPADA ALLAH ITU BATAL"

SABDA NABI LAGI: DEMI TUHAN YANG ADA PADA DIRI MUHAMMAD ITU TERJADI DENGAN KEKUASAANNYA,JIKA KAMU HULURKAN TALI DARI LANGIT HINGGA KE BUMI,NESCAYA TALI ITU TURUN BERADA ATAS WUJUD ALLAH TAALA(kemudian nabi membaca
surah AL-HADID ayat 3)

FIRMAN ALLAH TAALA DALAM HADIS QUDSI: " AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI,MAKA AKU KASIH AKAN ORANG YANG MENGENAL AKU,MAKA AKU JADIKAN MAKHLUK SUPAYA MENGENAL AKU..." siapakah yanG pertama sekali mengenal ALLAH??bkankah nabi muhammad kerana dia yang pertama sekali diciptakan oleh ALLAH dari nur zatnya. Dan bagaimana dia mengenal ALLAH jika dia tidak melihatnya sendiri pada zatnya,sifatnya,asmaqnya dan af 'alnya?? kita saja yang tidak sedar hakikatnya kita melihat ALLAH...

Allahu 'ala kulli syain alim.
Replyzilalallah
01:31 PM on May 27, 2012 
Kenali Allah s.w.t
Telah menulis Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang cukup terkenal dan mempunyai berkat dan manfaat yang besar, Ihya? Ulum al-Din:

Allah bukan merupakan benda yang dirupakan. Bukan merupakan atom yang terbatas. Allah tidak menyamai benda baik dalam perkiraan mahupun bahagiannya. Allah bukan merupakan jasad dan jasad tidak berada pada-Nya. Allah bukan merupakan aradh dan tidak ditempati aradh. Allah tidak menyerupai sesuatu yang ada dan sesuatu yang ada tidak menyerupai Dia. Tidak ada yang serupa dengan Dia dan Dia tidak serupa dengan sesuatu. Allah tidak terbatas oleh ukuran. Allah tidak terlingkup oleh daerah. Allah tidak terlingkup oleh arah. Allah tidak dikelilingi oleh langit dan bumi.

Allah beristiwa? atas arasy dengan istiwa? yang Dia kehendaki. Istiwa? yang jauh daripada sentuhan, bertempat dan berpindah. Allah tidak dipikul oleh arasy. Bahkan arasy dan semua pemikulnya berada dalam kekuasaan-Nya dan tunduk di bawah perintah-Nya.

Allah tidak bertempat dalam sesuatu, sebagaimana tidak ada sesuatu yang bertempat pada-Nya. Allah tidak terlingkup oleh ruang sebagaimana tidak terlingkup oleh waktu. Allah ada sebelum Dia menciptakan waktu dan ruang. Allah sekarang ini ada pada apa yang ada pada-Nya. Allah lepas daripada mahluk-Nya dengan sifat-Nya. Tidak ada selain Dia pada Zat-Nya dan Zat-Nya tidak ada pada selain Dia.

Allah Maha Suci daripada hal-hal yang baru, iaitu perubahan dan perpindahan. Allah tidak ditempati oleh mahkluk dan tidak terjadi hal baru pada-Nya. Allah sentiaa bersifat kebesaran dan suci daripada sirna. Dalam kesempurnaan-Nya Allah tidak memerlukan tambahan kesempurnaan-Nya. Allah diketahui ada-Nya dengan akal. Allah Zat-Nya boleh dilihat dengan mata sebagai nikmat dan anugerah bagi orang-orang yang berbakti di syurga. Itu sebagai penyempurna nikmat dengan memandang Zat-Nya Yang Mulia.
Replymuhdsyarifuddin
04:53 AM on May 15, 2012 
Barangsiapa yang mengenali dirinya maka ia mengenal Allah...Alhamdulillah masih ada orang peduli tentang ilmu menggenal diri ini,sy suka...

_Allah dalam diriku,dalam diriku ada Allah_
Replysyawal
12:57 AM on May 03, 2012 
salam tuan . sy rase sudah tibanya sy hendak mengenali diri saya . jadi bagaimana ingin membuat temujanji . ?
Replyzilalallah
10:33 AM on April 22, 2012 
Syair Imam Syafie: "Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan . Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing". (Lihat Diwan al-Syafi'e).
Replyzilalallah
07:11 AM on April 22, 2012 
Sikap berjamaah yang menjauhi perpecahan juga sangat ditekankan oleh Rasulullah sallallahu ?alaihi wasallam dalam hadis-hadis baginda. Antaranya:
Sesungguhnya orang yang memisahkan dirinya daripada jamaah sekalipun dengan jarak sehasta lalu dia mati, maka matinya adalah dalam keadaan jahiliyah.[2]
Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka: (1) seseorang yang memisahkan dirinya dari jamaah dan menderhakai imamnya dan mati dalam keadaan menderhaka, (2) Seorang budak perempuan atau budak lelaki yang melarikan diri dari tuannya lalu dia (budak tersebut) mati dan (3) seorang isteri yang suaminya pergi lalu ditinggalkan bekalan (nafkah) duniawi yang mencukupi namun kemudian dia (si-isteri) mengkhianati (suaminya).[3]
Sabda Rasulullah: Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka bermaksud tiga orang yang akan menghadapi kemusnahan di Hari Akhirat nanti.[4]
Berjamaah adalah rahmat dan berpecah adalah azab.[5]
Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umatku (atau umat Muhammad sallallahu ?alaihi wasallam) atas kesesatan. Dan tangan Allah atas al-Jamaah dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka.[6]
Wahai manusia, berjamaahlah kalian dan janganlah kalian berpecah-belah. Sesiapa yang hendak tempat di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia selalu berjamaah.[7]
Akan datang sesudah aku orang-orang yang berbuat fitnah, keburukan dan kejahatan. Maka sesiapa kamu yang melihatnya memecah-belahkan al-Jamaah atau hendak memecah-belahkan antara umat Muhammad sallallahu ?alaihi wasallam atau memecah-belahkan urusan mereka, maka bunuhlah dia siapapun orangnya.
Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.[8]
Demikian beberapa hadis Rasulullah sallallahu ?alaihi wasallam yang memerintah umat untuk berjamaah dan ancaman keras bagi mereka yang memecah-belahkan jamaah atau mengasingkan diri darinya.
Timbul persoalan seterusnya, bagaimanakah seharusnya kita umat Islam hidup berjamaah ?
Sepertimana yang telah diterangkan, dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalahperpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar. Untuk memperincikan konsep al-Jamaah memerlukan sebuah buku yang berasingan kerana ini adalah satu subjek yang luas dan penting. Justeru berikut ini hanya digariskan perkara-perkara penting tentang konsep berjamaah dalam Islam:
Replyzilalallah
07:07 AM on April 22, 2012 
Salam sejahtera, sdra yg digelar terkena.
Demi Allah aku katakan, aku tidak mempunyai sebesar niat untuk menyindir sesiapa dan pada sesiapa.
Jgn2 kamu sendiri yg mempunyai sifat sedemikian. Apa yg nak dikutip, kesemuanya ini adalah termaktub di dalam kitab hadis yg diriwayatkan oleh sahabat nabi r.a. Jgn suka tuduh2 , tak baik buat kamu. Ini halaman muzakarah, ingat mengingati, bersiratul rahim. Tenang jgn tergopoh gapah buat tuduhan tak tentu pasal. Jika kamu orang yang baik, kamu tidak akan kemukakan dgn kata2 sebegini.

1 ulasan:

  1. Salaam bang. Saya adalah murid ajaran bagindo muchtar . saya diijazahkan penuh. Msg sy 0108887287

    BalasPadam