Selasa, 2 Oktober 2012

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;


Tuesday, March 22, 2011

KITAB HAKIKAT INSAN AWANG LAKSAMANA

Di fatwakan sesat oleh JAKIM!!!

Sedutan dari kitab hakikat insan mad laksamana mukasurat 304-324.

Lantaran untuk memakrifatkan diri Allah s.w.t maka Allah pula telah menyatakan dalam firmanNya:

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

*Sesungguhnya para ulama Tasauf telah bersepakat menyatakan bahawa Ayat-Ayat Surah Al-Ikhlas diatas adalah ayat-ayat makrifat yang meliputi pada membincangkan proses Tajali diri Allah s.w.t pada peringkat akidah sampailah kea lam Ihsan. Hal ini telahpun kita bincangkan di dalam bab yang lalu.
Soalnya , di dalam empat rangkap ayat makrifat yang terkandung di dalam surah Al-Ikhlas itu, kenapa Allah s.w.t telah menekankan dengan seriusnya, Firmannya:

“-Tidak beranak dan tidak di peranakkan.”

Di dalam hal ini sudah tentu ianya menpunyai sesuatu hikmat rahsia yang harus di terokai oleh manusia yang hendak memakrifatkan dirinya dengan Allah.

Bila kita memperkatakan soal beranak dan diperanakkan, maka dengan segera kita dapat
memahami bahawa ianya tidak mungkin akan membincangkan soal bulan, soal bintang, soal berniaga, soal baju dan sebagainya tetapi dengan secara automatik akan membincangkan soal kemaluan perempuan (burit) dan kemaluan lelaki (pelir) dan kenapa pula soal burit (faraj) dan soal pelir (zakar) diperbincangkan dalam pengajian Makrifat dengan Allah, adalah disebabkan kerana Faraj dan Zakar mempunyai ciri-ciri makrifat imu makrifat tinggi.
Sesungguhnya tugas zakar adalah memakrifatkan dirinya dengan faraj dan tugas faraj pula memakrifatkan dirinya dengan zakar dan perlu ditegaskan di sini tujuan pertama
zakar harus memakrifatkan dirinya dengan faraj adalah bertujuan untuk
menyampaikan rahsia hakikat diri manusia yang terkandung di dalam mani kepada faraj
dan manakala tugas faraj pula harus menerima rahsia hakikat diri manusia untuk
ditanggung oleh rahim yang berakhir dengan terbentuknya diri seseorang manusia itu, maka sebab itulah Faraj harus memakrifatkan dirinya dengan Zakar.
Begitulah dengan manusia, di mana seseorang manusia itu terpaksa memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. bagi tujuan untuk menyerahkan amanah diri rahsia Allah
Tuhan semesta alam.
Di dalam membincangkan soal makrifatkannya zakar dengan faraj dan makrifatkan dengan zakar banyak perkara-perkara anih yang harus digali oleh kita.
Beberapa soalan terikat harus dijawab dan dikaji oleh kita bersama di samping kita buat perbandingan dengan diri kita di dalam konteks makrifat dengan Allah s-w.t¬
(1). Bagaimana zakar boleh tahu bila saja diperkatakan soal faraj. Lantas iapun
bangkit segar (keras) semacam mencari faraj yang diperkatakan oleh kita tadi. Dan begitu juga halnya dengan faraj.
(2). Bagaimana pula zakar dapat mendengar apabila disebut nama faraj iapun bangun (keras) jadi tentu zakar mendengar. Ianya mengguna teliriga mana?
(3). Bagaimana pula zakar dapat melihat, sedangkan ianya tidak mempunyai mata. Ianya dapat melihat Faraj walaupun diselubungi dan dilindungi, maka begitu pula dengan faraj.

(4). Bagaimana dan siapakah yang mengajar Zakar dan Faraj mengenali di antara satu dengan lain dan kenapa pula seseorang yang hendak melangsungkan
perkahwinan tidak sekali-kali di ajar tentang cara-cara mengadakan hubungan sex dan kenapa setiap ibu bapa yang mengahwini anaknya menyakini anak-anak mereka sudahpun pandai tentang sex. Dari mana dan siapa yang mengajar anak itu tentang sex?
(5). Apakah ilmu yang dipakai oleh zakar dan faraj di mana ianya dapat mengetahui makrifatkan tanpa belajar dan di ajar.
(6). Dan banyak lagi soalan yang harus disoal oleh kita, untuk kita mengambilnya sebagai iktibar yang balk dalam arah tujuan kita mengenali Allah s.w.t.

(7). Sesungguhnya zakar dan faraj benar-benar makrifat di antara satu dengan lain
sehingga disebut saja nama salah satu di antara mereka lantas masing-masing menunjukkan satu reaksi sepontan yang tak payah di arah di suruh-suruh oleh sesiapa dengan bahasa yang kasar, zakar memang mengenali benar faraj tetapi bagi zakar jika
disebut nama lain nescaya ianya tidak akan menunjukkan sebarang reaksi, kenapa dan mengapa?
Jika bagi zakar matlamat makrifatnya dengan faraj dan manusia pula menpunyai matlamat makrifat dengan diri Allah, maka knapa pula kita bila saja di sebut nama Allah walaupun beberapa kali, tubuh kita, jiwa kita, hati kita tidak menunjukkan sebarang reaksi spontan tidak seperti zakar terhadap faraj.










Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan, Warta pada 3 Julai, 1986.Setelah mengkaji isi buku 'Tajalli' dan Hakikat Insan' karangan Haji Ahmad laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir-butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata-syirik, sesat, khurafat, kata-kata karut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar ugama Islam, dengan demikian. Jemaah Ulama bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad laksaman bin Omar mengamal dan menyebar ajaran sesat'.

Mahkamah Kadi Besar Kelatan mensabitkan tiga (3) kes iaitu di bawah Seksyen 68 [10(m 69 dan 74)] Undangundang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 dan menghukum:

i. Mengajar atau memberi penerangan Ugama tanpa kebenaran tauliah dari Majlis - dihukum denda RM250.00 atau sebulan penjara.

ii. Mengajar atau memberi penerangan yang berlawanan dengan hukum syarak - humum denda RM250.00 atau 3 bulan penjara.

iii. Mengeji dan mencaci Ugama Islam - dihukum denda RM1,000.00 atau 6 bulah penjara.

iv. Kejadian berlaku pada 4 Oktober 1985 jam (10.00 malam) atas aduan yang dibuat pada 5.10.1985 dan pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Kelantan.


***Tuhan saja yang boleh mengajar ilmu makrifat! Cari Tuhan dulu...kalau tidak 'putus' ilmu ini. Bila 'putus', syirik lah jawapanny

Tiada ulasan:

Catat Ulasan