Selasa, 2 Oktober 2012

AJARAN SESAT:


Mengenali ajaran sesat di Malaysia
TAKRIF AJARAN SESAT:
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ia bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.
Menurut tafsir pimpinan Ar-Rahman, halaman empat, orang yang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.
SEJARAH:
Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah suatu perkara baru. Ia mulai bergerak secara senyap semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep animisme, dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha.
Menurut sejarah, ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Sementara di Kelantan, wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud disebarkan dalam tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh.
Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup bukan sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah bertambah dan akhir tahun 1999 jumlahnya dilaporkan menjangkau lebih daripada 100 ajaran.
Sehingga kini setiap negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan.
ANTARA PERISTIWA MEMBABITKAN AJARAN SESAT:
19 Oktober 1974 – Seorang dari kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan.
7 Julai 1979 – Tajul Ariffin mengaku dirinya Imam Mahadi mencederakan Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak, Damanhuri Abd. Wahab, 68 tahun.
16 Oktober 1980 – Lapan orang dari kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir Ismail (Kemboja) telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahatdan mencederakan ramai anggota polis, kakitangan balai dan orang awam.
1 Februari 1996 – Dua lelaki warga Indonesia cedera ditembak selepas mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah. Lelaki berkenaan menyebarkan ajaran sesat yang berpusat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
18 Mac 1996 – Pengikut ajaran tabarani bertindak keterlaluan memukul Ketua Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang, Sidek Mohamad kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.
FAKTOR-FAKTOR AJARAN SESAT:
Hasil daripada penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang hasil daripada faktor-faktor berikut:-
i) Tasawuf Falsafah @ Teosofi
ii) Ajaran Batiniah
iii) Ajaran Syiah
iv) Khurafat, amalan bomoh dan tradisi
v) Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan sunah
CIRI-CIRI AJARAN SESAT:
Ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut:-
1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahadi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Al-Mahadi dan sebagainya (Qadyani, Bahai, 4 Sahabat, Nasir, Mufarridiah).
3. Mempercayai bahawa roh yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.
4. Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarekat sahaja yang dijamin masuk syurga.
5. Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
6. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
7. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
8. Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
9. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.
10. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
11. Mengaku Allah menjelma di dalam diri.
12. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
13. Mendakwa ajaran atau tarekat yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah secara jaga (Yaqazah).
14. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dngan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga.
15. Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti solat, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
16. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
17. Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat yang lain.
18. Mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.
19. Mengaku dan mempercayai bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan